Showing posts with label Islamic. Show all posts
Showing posts with label Islamic. Show all posts

Monday, December 6, 2010

Sambutan Akhir dan Awal Tahun Hijriah

Aslm.. jom jom.. na share ngan korg sume.

Doa Akhir Tahun
di baca 3 kali dipenghujung selepas waktu asar dan sebelum masuk waktu maghrib.


Doa Awal Tahun
di baca 3 kali selepas waktu maghrib..


Semoga ape yg telah kite lakukan genap setahun hijriah thun ni, di rahmati oleh Allah. :)

~WE TrusT evEryOne but WE dOnt TrusT The DEviL inSiDE TheM~





    

Thursday, November 18, 2010

Petua Yahudi utk Mendapatkan Anak Pandai

 Aslm...
:) ruangan perkongsian ilmu ni di ambil daripada insan yg buat tesis nih.. syabas! menarik skali..

"Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.


Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon "

link
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=5361&mode&order=0&thold=0

Petuanya
1. Ibu mengandung mesti menyanyi, bermain piano, mendengar muzik klasik, menyelesaikan masalah
matematik bersama suami....kalau dalam Islam konsep die sama jer...membaca Al-Quran(menyanyi),
berwirid (bermain piano), mendengar ayat2 suci Al-Quran(mendengar lagu klasik), dan menyelesaikan
masalah matematik (yg diamalkan oleh ibu Sultan Muhammad Al-Fateh namanya Huma Hatun)
2. Ibu mengandung mengamalkan memakan kacang badam, kurma dan susu.Apabila tghari roti dan ikan
tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang dijadikan mknan
utama terutama ikan dan badam. ....(Dalam Islam orang yg menghafaz al Quran juga digalakkan
mengambil kismis, badam, korma dan susu utk meningkatkan daya ingatan).
3. Memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama.....(Ini juga merupakan sunnah
Rasullullah supaya makan buah2an dahulu baru makanan yang berat)
4. Menjauhi rokok dan perokok....
5. Anak2 tadika yahudi diberi makan buah dahulu dengan kacang badam bersama menelan pil minyak
ikan.
6. Anak2 yahudi diberi belajar bermain alat2 muzik dan nota2 muzik.
7. Anak2 yahudi diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi
keutamaan.
8. Anak2 yahudi sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. (Ketiga2 sukan ini
juga dianjurkan oleh Islam melalui hadith Rasullullah tetapi dilaksanakan oleh bangsa Yahudi yang
tahu kebaikannya)

Ulasan : Mengapakah cerdik pandai Islam zaman lampau adalah mereka yang bijak dan pakar dalam pelbagai bidang adalah kerana mereka mengamalkan apa yang diajar oleh Rasullullah. Kebanyakan yang diajar kepada masyarakat moden hari ini sebenarnya merupakan apa yang berlawanan dengan ajaran Rasulallah supaya kita tidak mendapat kebaikan tetapi bangsa Yahudi melaksanakannya utk kebaikan bangsa mereka sendiri. Spt contoh pengilang terbesar rokok adalah bangsa Yahudi tetapi mereka tidak menghisapnya. Begitu juga, amalan makan di hotel2, buah2an selepas makanan utama sedangkan Yahudi memakan buah terlebih dahulu spt yg dianjurkan oleh Rasullallah. Yg mungkin tidak disentuh di sini ialah cara makan hari ini yang rata-rata menggunakan tangan kiri menggunakan garfu yg jelas bertentangan dengan ajaran Rasullalah. Adakah kita akan terus menggunakan tangan kiri sambil memegang garfu semata-mata untuk mematuhi etika makan yang dicipta entah siapa. Fikirkanlah : makan dengan tangan kanan, seperti ajaran Islam , kita mendapat ganjaran pahala dpd Allah. Makan dengan tangan kiri, walaupun tidak berdosa tetapi amalan yang sia2, kita cuma berbangga kerana berjaya mematuhi etika makan yang tidak pernah kita selidiki berasal dari mana 

~WE TrusT evEryOne but WE dOnt TrusT The DEviL inSiDE TheM~

Monday, August 9, 2010

TAtkala Allah Memilihmu khas BuatKu

 Aslm~ =)

sekadar berkongsi cerita..trus menghayati nye ok.

Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..

 

~WE TrusT evEryOne but WE dOnt TrusT The DEviL inSiDE TheM~

Tuesday, June 15, 2010

Selamat Datang Rejab !

Aslm.. =)
Rejab dah tiba, sya'ban kian menjelma, Ramadhan yg di tunggu-tunggu..


Alhamdulillah syukur, akhirnya bertemu jua kita dengan bulan Allah, bulan Rejab. Insya Allah menyegarkan kembali ingatan kita tentang kelebihan bulan Rajab lantas memotivasikan kita untuk terus beramal pada yang Esa, insya Allah

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) dan juga diberi maksud Rahmat, pemurah, kebajikan. Asbab kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. 


Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, 70 hajat ketika berlalu di atas titi Siratulmustaqim."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Siratulmustaqim pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Siratulmustaqim pada tiap-tiap satu batu."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."



Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus (Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.)"

Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.



Kelebihan lain bulan Rejab

Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.

Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

REJAB bulan Allah, 
SYA'ABAN bulan Rasulullah. S.A.W, 
RAMADHAN bulan umat Rasulullah S.A.W.

REJAB adalah bulan maghfirah (keampunan), 
SYA'ABAN bulan syafaat manakala 
RAMADHAN bulan menggandakan kebajikan.

REJAB adalah bulan taubat, 
SYA'ABAN bulan muhibbah manakala 
RAMADHAN bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

p/s : jom kite pose sunat jom.. spe yg mmpu bleh la pose sebulan dlm rejab nih.









~i TrusT evEryOne but i dOnt TrusT The DEviL inSiDE TheM~

Wednesday, January 13, 2010

Tarbiyyah itu PETROL

Assalamualaikum W.H.B.


Tazkirah ku hari ni..

Bg ku, tarbiyyah ni membawa mksud proses penghadaman ilmu.. kite mendapat ilmu daripada seseorg n kemudiannye kite amalkn ilmu yg kite peroleh tu n kemudiannye smpaikn ilmu tu pd org lain. Ni bermakna sgla ilmu yg kite peroleh tu kite hadamkn melalui amalan yg kite lakukan berdasarkn ilmu yg kite dpt tu.


Ape yg dikatekn tarbiyyah itu petrol? Sbg perumpamaan, petrol dlm kehidupan seharian digunakn utk menggerakkan kenderaan. Sebuah kereta dari rumah tuan nye ingin menuju ke kmpg tuannye. Dlm perjalanan tetibe kereta kehabisan petrol n terpakse berhenti di tepi jln.. mengarapkn ehsan org lalu lalang di situ agk sukar. Jika kite umpama kereta tersebut manakala tarbiyyah umpama petrol, ape terdi pd kite klu tarbiyyah dlm diri kite ini semakin kehabisan?  N jika kehabisan, bagaimana dgn diri kite utk menyambung balik kerja2 tarbiyyah tu.. sudah tentu meleceh kn kite bukan? Seperti kereta kehabisan petrol tu lah.. da habis petrol, ia melecehkn tuan kereta tersebut.. nk pegi carik minyak lg.. nk mntak tlog org lagi. Nk carik org lg.. kn melecehkn tu. So tarbiyyah dlm diri sntiase kite perlu hidupkn n teruskn usaha itu smpai ke destinasi nye..iaitu mati. Semua manusia destinasi kehidupannye pasti menuju keMATIan.

Tarbiyyah ni merepukan keperluan semasa… ape yg kite da tahu tu kite cube amalkn. Bkn amek ilmu jahat pastu amalkn..itu merosakkn dri sndri ade lh. So yg baik tu kite terima, yg bruk tu jd kn sempadan. Jgn berputus asa n hendaklh kite teruskn tarbiyyah.

Tahu Mahu Mampu…

Kite Tahu bahawa tarbiyyah ni bgus utk diri kite yg serba kekurangan di sisi Allah.

Kite Mahu menerima tarbiyyah utk mencari kesempurnaan di sisi Allah.

Maka kite perlu Mampu n bersedia utk member tarbiyyah kpd org lain.


p/s : setakat ni shja perkongsian ilmu ku bt semua…ikhlas ye. Tq kerana membaca.. Sgala catatan di ats adalah atas pemahaman ku. Jika ade tersilap di mana2 mnta tegur la ye.. jgn takot. =) wallahua’lam~

~i TrusT evEryOne but i dOnt TrusT The DEviL inSiDE TheM~

Thursday, December 17, 2009

Who WiLL ReacH The GAtes oF ParaDise?

There are conditions to attain God's paradise:

Those with Correct Faith
The reward of Paradise is too great not
to have a price. That price is true faith
which is proven by abedience to Allah
and His Messenger ; The Qur'an states:

"The angels will descend on those who
said: 'Allah is Our Lord.' and have then gone straight, (sayings:) 'Be neither
fearful, nor sad; rejoice in the Paradise
you have been promised."
(Fussilat 41:30)

"And whoever desires the
Hereafter and exerts the effort due
to it while being a believer_those
are the ones who effort is
appreciated [by Allah]."
(al_Isra' 17:19)
  • Those who do good deeds
Those entering paradise are further mentioned in the following verses:

"But whosoever does good
works of righteousness,
whether they be a believing
male or female, shall enter
Paradise, and not be wronged a pit mark of a date stone".
(an-Nisa : 124)

"as for those who believe and
work righteous deeds, they will
have the gardens of Paradise
as hospitality. Eternally
therein, they will not desire any other [place]."
(al-Khafi : 107-108)


"Those who believe and do
good deeds. We shall lodge
them in the rooms of Paradise
underneath which river flow,
therin living for ever, an
excellent wage for are patient,
and put their trust in
their Lord."
(al-Ankabut 29:58-59)

"excepts he who repents and
believes and does good works;
those shall be admitted to
Paradise and shall not be
wronged in any way."
(Maryam 19:60)

  • Those who are patient
Did you suppose that you
would enter Paradise without
Allah knowing those of you
who struggles and who
were pateint?
(al-Imran 3:142)


  • Those who fear Allah
Then, those that
feared their Lord
shall be driven in
companies into
Paradise. When they
draw near its
gates will be opened,
and its keepers will
says to them:
'Peace be upon you,
you have done well.
Enter and live in it for ever.'
(az-Zumar 39:73)


How do we reach the gates of paradise?

There are ways that will assist us in getting to the gates of paradise. These are mentioned in the
Holy Quran as follows:

Keeping our duties:

"Such are the Bounds of
Allah. He who obeys Allah and
His Messenger, He will admit
him to Gardens underneath
which river flows. That is a
great wining."
(an-Nisa' 4:13)



Siapakah yang akan Sampai ke Pintu SyuRga?


Terdapat beberapa ciri untuk mendapat Syurga Allah:

Mereka yang mempunyai kepercayaan yang benar
Ganjaran Syurga terlalu besar
bukan pada nilainya. Nilainya ialah kepercayaan yang benar
dimana dengan membuktikan rasa keabadian dan taat kepada Allah
dan Pesuruhnya. Di dalam al-Quran menyatakan:

"Sesungguhnya orang-orang yang
mengatakan: 'Tuhan kami ialah Allah' kemudian
mereka meneguhkan penderian mereka,
maka malaikat akan turun kepada mereka(dengan mengatakan):
'Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih;
dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh)
syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu'.
(surah Fussilat juz 41 ayat 30)

"Dan barangsiapa yang menghendaki
kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu
dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mu'min,
maka merak itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi [oleh Allah] dengan baik".
(surah al-Isra' juz 17 ayat 19)

  • Mereka yang melakukan amal kebaikan
Mereka yang memasuki syurga adalah dari golongan yang disebutkan di dalam ayat berikut:

"Barangsiapa yang mengerjakan amal-amal soleh,
baik lelaki mahupun perempuan sedang
ia orang yang beriman,
maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan
mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."
(an-Nisa ayat 124)

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
bagi mereka adalah syurga Firdaus menjadi tempat tinggal,
mereka kekal di dalamnya,
mereka tidak ingin berpindah daripadanya."
(al-Khafi ayat 107-108)


"Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan
amal-amal soleh, sesungguhnya
akan Kami tempatkan mereka pada
tempat-tempat yang tinggi di dalam
syurga, yang mengalir sungai-sungai
dibawahnya, mereka kekal
di dalamnya. Itulah sebaik-baik pembalasan
bagi orang-orang yang beramal,
(iaitu) yang bersabar dan bertawakkal
kepada Tuhannya."
(al-Ankabut juz 29 ayat 58-59)

"kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh,
maka mereka itu akan masuk
syurga dan tidak dianiaya (dirugikan)
sedikitpun"
(Maryam juz 19 ayat 60)

  • Mereka yang sabar
Apakah kamu mengira bahawa kamu
akan masuk syurga, padahal
belum nyata bagi Allah orang-orang
yang berjihad di antaramu,
dan belum nyata orang-orang yang sabar?
(al-Imran juz 3 ayat 142)



  • Mereka yang takut Allah
Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhannya
dibawa ke dalam syurga berombong-rombongan
sehingga apabila mereka sampai ke syurga itu
sedang pintu-pintunya telah terbuka
dan berkatalah kepada mereka penja-penjaganya:
'Kesejahteraan (dilimpahkna) atasmu,
berbahagialah kamu! maka masukilah syurga ini
sedang kamu kekal di dalamnya.'
(az-Zumar juz 39 ayat 73)


Bagaimana kita mencapai pintu-pintu syurga?

Terdapat beberapa jalan yang akan membantu kita ke pintu-pintu syurga. Antara jalan tersebut ialah (yang disebutkan di dalam Quran al-Karim):

Menjaga tugasan kita:

"(Hukum-hukum tersebut) itu adalah ketentuan-ketentuan
dari Allah. Barangsiapa ta'at kepada Allah dan
Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya
ke dalam syurga yang mengalir
di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka
kekal di dalamnya; dan
itulah kemenangan yang besar"
(an-Nisa' juz 4 ayat 13)


Di kesempatan ini saya Zulhilmi Mohd Hashim aka Michael(kengkawan mrsm mzms), ingin mengucapkan salam maal hijrah 1431. Tanamkan azam baru untuk tahun baru ini agar matlamat atau cita-cita yang kita kejar di dunia ini mendapat rahmat dan bantuan Allah swt pada hari akhirat kelak. Wallahua'lam~

~i TrusT evEryOne but i dOnt TrusT The DEviL inSiDE TheM~

Thursday, November 26, 2009

AidilAdha al-MubaRak kembali LaGi

Salam aidiladha al-mubarak... setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkn kehadrat Allah yg satu yg telah beri kita peluang skali lagi utk meraikan ibadah korban pd thun ini dan dgn nikmat iman dan Islam kita sama-sama dapat menunaikan solat sunat adiladha di masjid secara berjemaah.

menu raya.. nasi himpit, aym msk kari, rendang daging n rendang kerang, kuah kacang... sdap nye mak msk.

Lembu berjaya ditumbangkan, para syabab mengambil-alih utk menyembelih lembu.

Dalam Surah al-Maidah ayat 5, Allah menyatakan:
“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala.” (Tafsir al-Rahman, Jakim).

Proses memotong dan membahagikn daging korban kpd penduduk


Akhir kata, salam aidiladha daripada saya sekeluarga kpd semua umat Islam. Semoga kita menyelamai erti pengorbanan disebalik perjuangan Islam oleh Baginda dan para sahabat dalam menegakkan kalimah Allah yg satu. Barang siapa yg menyebut "لاإلهإلاالله محمدالرسول الله " Lailaha illAllah Muhammadarrasulullah, maka dia merupakan seorg daie'. Sama-sama kita menegakkan agama Islam di atas muka bumi Allah ini..insyaAllah. -wallahua'lam-

~i TrusT evEryOne but i dOnt TrusT The DEviL inSiDE TheM~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...