Friday, February 11, 2011

Khatimah Cinta Buatmu

Wahai kaum Muslimin. Sesungguhnya keseluruhan bumi ini diwariskan oleh Allah kepada orang2 yang beriman dan sesungguhnya bumi Allah ini sama sahaja tidak kira di mana kedudukannya. Allah Azza Wa Jalla tidak pernah membezakan bumi Malaysia dari bumi Mesir, bumi Arab Saudi dari bumi Irak dan sebagainya. Maha Suci Allah yang telah mencipta keseluruhan bumi ini dengan kekuasaan dan kehendakNya. Dia tidak pernah membezakan kaum Muslimin di mana sekalipun Muslim itu tinggal. Justeru, apakah hak manusia untuk membeza-bezakan seseorang Muslim dengan Muslim yang lain hanya kerana perbezaan tempat kelahiran dan perbezaan kewarganegaraan sedangkan setiap Muslim itu mengucapkan kalimah La Ilaha Illallah yang sama? Wahai kaum muslimin. Sedarlah! Campakkanlah sejauh-jauhnya perasaan, semangat dan perjuangan wathaniyyah dan assabiyyah yang sesat lagi menyesatkan. Kembalilah kepada ikatan yang hakiki..ikatan yang menjadikan umat Islam umat yang satu, umat yang mulia yang menjadi pewaris bumi Allah ini kesemuanya. Ingatlah bahawa sesungguhnya daripada tanah kita berasal dan kepada tanah jua kita kembali.. Wallahua'lam. :)


- Posted using BlogPress from my iPhone

2 kutipan komen:

bila blog bercerita said...

nice entry....mendalam mknenye....

~zuL~ said...

thanks =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...