Firman ALlah di dalam surah al-Hujurat ayat 17:
.....sebnarnya Dialah (Allah) yang melimpahkn nikmat kpdmu dgn menunjuki kamu kpd keimanan...
Termasuk 1 kenikmatan yg tidak diketahui oleh kebanyakkan org kecuali org2 yg pndai iaitu pandangan org muslim terhadap org kafir. Seorg muslim akan bersyukur terhadap nikmat berupa hidayah dgn mengenal agama Islam.
Sebagai seorg muslim, kite seharusnya selalu mengingat (termasuk diri sy sendiri) bahawa Allah tidak menetapkan kite utk menjadi seperti org kafir yg tidak mengakui Tuhan, membangkang terhdap ayat-ayatNya, sikapnya yg mengingkari sifat-sifatNya, sikapnya yg melawan Dzat yg telah menciptakannya dan memberinya rezeki. Mereka juga mendustakan ajaran yg dibawa oleh para RasulNya dan kitab yg mereka bawa serta tidak menigndahkn segala ajarannya.
Setelah itu, ingtlh bahawa kite adalah seorg muslim yg beriman kpd Allah, urusanNya dan hari akhirat serta menjalankan semua yg difardhukan meskipun masih jauh dari yg diharapkan. Semua ini, menurut Allah, merupakan nikmat yg tiada ternilai harganya, tidak boleh diperjualbelikan dgn harta-benda, tidak mungkin boleh dihitung dan tiada bandingannya.
Buat renungan semua:
لاإله إلا الله ertinya tiada yg layak disembah selain Allah kerana hanya Dialah yg mempunyai sifat2 ketuhanan yg sempurna.
Hakikat dan inti kalimah ini adalah : mengEsakan Tuhan (Dzat yg Maha Kudua, yg Maha Tinggi NamaNYa, yg Maha Mulia, tiada TUhan selain Dia) dgn mencintaiNya, mengagungkanNya, takut kpdNya dan berharap hanya kpdNya disertai dgn tawakkal, taubat, permohonan yg sungguh2 dan rasa takut kpdNya sehingga tidak ada seorg pn yg dicintainya selain Dia. dan kecintaannya kpd selain Allah adalah masih dalam rangka mencintai Allah dan sbg sarana utk menambah rasa cinta kpd Allah.
*Tiada yang dia takuti seksanya dan dia harapkan pahala dan redhanya keculi Allah
*Tidak bertawakkal kecuali kpd Allah,
*Tidak memohon kecuali hanya kpd Allah,
*Tiada yg dia takut kecuali Allah,
*Tidak bersumpah kecuali dgn nama Allah,
*Tidak bernazar kecuali kpd Allah,
*Tidak bertaubat kecuali kpd Allah,
*Tiada yg ditaati perintahnya kecuali Allah,
*Tidak mengharap balasan kecuali kpd Allah,
*Tidak meminta pertolongan utk melepaskan kesulitan dan kesengsaraan kecuali kpd Allah,
*Tidak meminta perlindungan kecuali daripada ALlah,
*Tidak menundukkan diri kecuali kpd Allah dan
*Tidak melakukan penyembelihan (qurban) kecuali utk Allah dan dgn menyebut nama Allah.
Semua itu mencakupi dalam satu pengertian: Tiada yg dia ibadahi dgn berbagai bentuk ibadah kecuali hanya Allah.
0 kutipan komen:
Post a Comment